Puisi Ramadhan

October 22nd, 2005 by fasz-asz

Aku Cemas Kedatangan Ramadhan

Aduh! Susahnya hatiku bila berhadap dengan Ramadhan   Macam ada benda yang tidak kena
Aku cemas selalu dengan kedatangannya
Kalau aku tidak menyambut kedatangannya dengan sebaik-baiknya
Padaku kedatangan Ramadhan macam kedatangan
tetamu yang sangat mulia
Kedatangan seorang yang mulia dan terhormat
Ketibaan seorang yang dikenali dan dihormati
Seorang yang disayangi dan dipuja
Idola semua dan bersama
Aduh orang macam ini bagaimana
aku hendak menyambutnya?
Serba tidak kena
Aduh bimbangnya, cara mana dan
bagaimana aku hendak memuliakannya
Sesuai dengan kebesarannya
Secucuk dengan mulia dan kemasyhurannya
Kerana itu kedatangannya aku cemas selalu
Kalau aku tidak beradab dengannya
Aku takut mencacatkan maruahnya
Dia adalah orang besar
Yang patut kita sambut sesuai dengan kebesarannya
Kalau dia tidak datang lebih baik
rasanya daripada kedatangannya
Tapi sudah ketentuan Allah setahun
sekali dia mengunjungi kita
Kita sambutlah dia dengan penuh kecemasan dan bimbang

Malam Lailatul Qadar

October 22nd, 2005 by fasz-asz

Lailatul Qadar hanya untuk umat Muhammad

Sunset_1

RAMADAN adalah masa paling baik bagi umat Islam meningkatkan iman dan takwa kepada Allah dengan mengerjakan amal ibadah. Lebih-lebih lagi dalamnya ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar.
Nilai beribadah pada Lailatul Qadar amat tinggi sekali, iaitu lebih baik daripada beribadah selama seribu bulan. Allah berfirman bermaksud: "Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan." (Surah al-Qadr, ayat 3).

Diriwayatkan daripada Mujahid bahawa di kalangan kaum Bani Isra’il ada seorang lelaki yang kuat beribadah sepanjang malam sehingga Subuh. Pada siangnya pula, dia bermujahadah menentang musuh. Perkara seumpama ini dilakukan selama seribu bulan.

Lalu Allah turunkan ayat 3 daripada surah al-Qadr yang menunjukkan beribadah pada Lailatul Qadar itu lebih baik daripada amalan yang dilakukan oleh lelaki itu (al-Tabariy, Jami’ al-Bayan fi Ta’wil al-Qur’an, 1997 Jil. 12 Hal. 653).

Lailatul Qadar mempunyai dua pengertian. Pertama ialah kemuliaan kerana sebahagian daripada erti qadar itu ialah kemuliaan. Kedua, bermaksud penentuan kerana pada masa itulah ditentukan langkah yang akan ditempuhi oleh Rasulullah SAW dalam memberi petunjuk kepada umat manusia.

Jika diguna pakai erti kemuliaan, bermakna bermula pada malam itulah kemuliaan tertinggi (wahyu) dianugerahkan kepada Nabi Muhammad. Pada malam itu juga buat pertama kalinya Jibril menzahirkan rupanya yang sebenar di hadapan Baginda di dalam Gua Hira.

Pada malam itu manusia diberi kemuliaan, dikeluarkan daripada kegelapan (al-Zulumat) kepada petunjuk (al-Nur) Allah SWT.

Jika diguna pakai erti penentuan pula, bermaksud pada malam itulah bermulanya penentuan sempadan pemisah antara kekufuran dengan keimanan; jahiliah dengan Islam dan syirik dengan tauhid (Hamka, Tafsir Al-Azhar, 1986 Jil. 30 Hal. 203).

Berdasarkan penjelasan di atas, menunjukkan Lailatul Qadar itu adalah malam paling istimewa berbanding malam lain. Padanya diturunkan wahyu ke atas Nabi Muhammad.

Lailatul Qadar anugerah Allah yang terbesar kepada umat Nabi Muhammad.

Diriwayatkan daripada Malik bin Anas bahawa Nabi menyatakan Lailatul Qadar hanya dianugerahkan oleh Allah kepada umatnya saja dan tidak kepada umat sebelumnya (Ibn Kathir, Tafsir al-Qur’an al-’Azim, 1998 Jil. 4 Hal. 688).

Ia berlaku pada setiap kali tibanya Ramadan. Menurut Ibn Umar, Lailatul Qadar berlaku pada setiap Ramadan (Ibn Kathir, Tafsir al-Qur’an al-’Azim, 1998 Jil. 4 Hal. 688).

Oleh itu, kita hendaklah berusaha memperbanyakkan amal ibadah pada malam Ramadan. Kita hidupkan malam itu dengan memperbanyakkan ibadah kepada Allah seperti mengerjakan solat sunat Tarawih, Witir, Tasbih dan Tahajud.

Tiada sesiapa yang tahu dan dapat memastikannya dengan tepat bilakah datangnya Lailatul Qadar itu, namun untuk mendapatkan Lailatul Qadar itu masih berkemungkinan ada. Hal ini kerana mengikut sesetengah hadis mengatakan bahawa Lailatul Qadar itu berlaku pada malam 10 terakhir Ramadan.

Perkara ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah yang diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah, katanya, Baginda bersabda bermaksud: "Carilah Lailatul Qadar pada 10 hari yang terakhir pada Ramadan.” (Riwayat al-Bukhari di dalam Kitab Solat Tarawih, Hadis No. 1878).

Malah, Rasulullah menghidupkan 10 malam terakhir Ramadan itu dengan membanyakkan amal ibadat kepada Allah. Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah, katanya: "Apabila tiba 10 malam terakhir Ramadan, Rasulullah menghidupkan malam dengan beribadah. Baginda membangunkan isteri-isteri Baginda. Baginda bersungguh-sungguh menghidupkan malam itu." (Ibid. Hadis No. 1884).

Berdasarkan hadis di atas, jelas menunjukkan betapa Nabi sendiri berusaha dengan bersungguh-sungguh sehingga Baginda mengurangkan tidurnya demi mendapatkan Lailatul Qadar yang mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tidak terkira itu.

Oleh itu, marilah kita mengambil kesempatan ini dengan berusaha menghidupkan malam Ramadan dengan melakukan amal ibadat dengan sebaik mungkin.

Dengan kesungguhan dan keikhlasan kita berpuasa dan melaksanakan segala ibadat pada Ramadan, moga-moga Allah menghapuskan segala dosa kita dan seterusnya meletakkan kita bersama orang bertakwa.

“Mawaddah Go International”

October 22nd, 2005 by fasz-asz

Australia_small Mawaddah International ‘Bird of Paradise’ at Malaysian Pavillion, Perth Royal Show, 2005 Western Australia Glamorous, beautiful, attractive and amazing are amongst the comments and opinions thrown by the audiences after watching the performance by Mawaddah International at the Malaysian Pavillion Stage during the Perth Royal Show 2005 in Western Australia which is commencing from 24th September until 1st October 2005 . Few thousands of people have visited the Perth Royal Show every year and 2005 witnessed Malaysia as a guest nation. Mawaddah International is one of the exhibitors like FAMA, FELDA, State of Terengganu , Kraft Malaysia , Sabah Malaysia , Sarawak Malaysia , Sarawak Timber, Langkawi Development, MAS, Tourism Malaysia , MITI, and few others presenting their product throughout the 7 days exhibition. Mawaddah Booth at Perth Royal Show, 2005 Mawaddah International also called by the audiences as girls show appeared at least 3-4 times on the stage each day to perform with the message of Love God and Care for Others roaring beautifully entertaining the exhibitors and the visitors in the Malaysian Pavillion. Consisting of 9 members, Mawaddah International spreading the message of love and care and projecting the positive aspect of Islam also have a segment with audience throughout each show. This is the time where Mawaddah will call one or two audiences on the stage to try the musical instruments like shaker, congo or drum set. Besides that the audience also asked on the meaning of Mawaddah, to sing a song together with them and to say few Malay words. This segment really enjoyed by the audiences furthermore those who are called on stage will be given a special gift like hand towel and CD album from Mawaddah. Mawaddah on stage at Malaysian Pavillion, Perth Royal Show, 2005 Malaysia as a guest nation exhibition has been officiated by Yang Berhormat Tan Sri Hj Muhyiddin bin Mohamad Yassin, Agriculture Minister of Malaysia together with Australia Agriculture Minister, Mr. Allan Carpenter. At the opening ceremony, Mawaddah has performing the montage and a song title ‘Doa Untuk Malaysia ’. During the press conference, Yang Berhormat Tan Sri said that the appeareance of Mawaddah will give a positive perception of the Australian people on Islam and tells that Islam is open to entertainment. Opening Ceremony by Tan Sri Hj Muhyiddin bin Hj Mohammad Yassin on Malaysia as a Guest Nation at Perth Royal Show, Western Australia Besides that Mawaddah also appeared as a spoke-person for few booths like Felda, Sarawak Timber, FAMA and Sabah Malaysia . The representative of Mawaddah will read brief information about the booths in the beginning of the show and the booths will come out with 2 questions for the audiences to answer. Those lucky audiences will be given a present from the booth. Mawaddah International is not an alien to Australia because this is the 3rd time they came to perform in Australia and the utmost achievement for them is the opportunity to perform in front of Hons John Howard, Prime Minister of Australia and his wife in 2003. Landing in Western Australia on the 10th of September 2005 , Mawaddah International has fill up a numbers of invitation for the performance. Travelling 3.5 hours from Perth through the country area to the Kattaning, Mawaddah with the mission of Love God and Care for Others, meeting the Malay Muslim community in Kattaning as their first show. In conjunction to the Multi Cultural week in Murdoch University , Perth , Mawaddah has appeared during the Multi Cultural Night at Murdoch student village and also during the official program at the Murdoch University Bush Court next afternoon. Mawaddah with the dancers during 1st day show and opening ceremony Expanding the horizon of Mawaddah 3rd visit to Australia, they were appeared on air live from Radio Melayu Perth with Pn. Juty Osman as the deejay, delivering a live song in Malay ‘Terima Kasih Wahai Tuhanku” a song from their 1st album. Channel Access 31 also has invited them for 3 hours talk show program which has given Mawaddah a chance to perform 10 songs throughout the program. National television of Australia, Channel Ten also appeared at the Perth Royal show on Thursday, 29th Dec. 2005 after being invited by Mawaddah representative to promote their performance on the 2nd of October 2005 at the Araluen Botanical Park, for the Flower Festival. Channel Ten crew has recorded the Mawaddah show to be aired on Friday, 30th September 2005 during the 5.00 p.m. news program. The crew feel so fortunate gaining such material and said that Mawaddah performance was so great. Tan Sri Muhyiddin Yassin accompanied by Mr. Alan carpenter at Mawaddah International booth To prove that Mawaddah is the multi class performer, they also accepted the invitation to perform at the Tropical Twist Indoor Play Zone to entertain the children and their parent during the weekend. Besides that they also fulfil the invitation from one of the Pakistani family to perform at his son birthday function and few others invitation from the family here. Mawaddah International with the mission love and care, promoting peace and harmony life besides reminding people of the existence of God in the universe, proven globally accepted by all people no matter what are their races, nationality and believes. May Allah SWT always be with Mawaddah and Islam will blooming in the whole world.

Amalan mulia…

October 1st, 2005 by fasz-asz

Ibadat puasa penawar

DALAM sistem perubatan Islam dan Yunani, sebelum wujudnya sistem perubatan allopathy dalam bentuk yang ada kini, puasa adalah antara cara yang digunakan untuk menolong memulihkan pesakit tertentu.
Bagaimanapun, puasa itu adalah khusus bagi puasa rawatan dan mungkin tidak mengikut syarat yang dikenakan bagi puasa yang diwajibkan oleh syarak.

Dalam sistem perubatan Islam, pesakit dibahagikan kepada tiga jenis iaitu pesakit yang perlu berpuasa baginya, harus berpuasa baginya dan tidak harus berpuasa baginya.

Rasulullah SAW bermaksud: “Puasa itu menghindarkan daripada penyakit.” Berkata Harith Ibn Kaladah : “Menghindar diri daripada makanan adalah, ubat.”

Ibn Qayyem al-Jawze (meninggal 751 Hijrah) pula berkata: “Puasa itu adalah ubat yang terbaik bagi memulihkan orang sakit disebabkan berlebihan makanan.’ Binatang mengikut tabiinya jika sakit atau dalam kecederaan, berpuasa seperti anjing dan kucing berbuat demikian apabila sakit, cedera atau dalam kecemasan dan ketegangan.

Hippokrates, seorang doktor purba Yunani turut menggunakan cara puasa dalam sistem perubatannya.

Antara hikmah puasa wajib dan sunat untuk mencegah penyakit rohani dan jasmani. Antara penyakit yang mungkin dipulihkan oleh puasa rawatan adalah darah tinggi, rheumatism dan kencing manis (pada peringkat awal).

Kajian saintifik membuktikan bahawa puasa mampu meningkatkan keupayaan tubuh badan bagi tujuan penyahtoksidan dan pembersihan.

Mengikut kajian sains, seseorang yang berpuasa memberi ruang masa yang mencukupi kepada organ pencernaan seperti perut, usus, pankreas dan hati untuk melakukan kerja pembersihan. Di samping itu, ia memperbaiki lagi keadaan diri mereka yang telah rosak yang selama ini tidak dapat dipenuhi akibat pertambahan beban makanan.

Ketika berpuasa juga, kegiatan pembersihan badan menjadi lebih menyeluruh dan segala toksin dapat dikeluarkan daripada kolon, buahpinggang dan pundi kencing serta paru-paru dan kulit.

Keadaan ini, akhirnya melapangkan kesan sumbatan yang berlaku pada dinding dan saluran sistem pemakanan dan pernafasan. Tindakan itu memberi cukup bekalan oksigen kepada sel dalam badan dan menjadikannya lebih bertenaga.

Pembersihan sisa toksin dalam kolon, umpamanya, penting bagi kesihatan sistem penghadaman dan pencegahan barah usus. Rasulullah saw sendiri mengamalkan kegiatan pembersihan kolon ini di mana berpuasa amat berkesan bagi tujuan ini.

Jika ditinjau dari sudut pemakanan, tabiat pemakanan seseorang memainkan peranan besar dalam menentukan kesihatan dan tahap morbiditi mereka. Perkara ini kerana secara jelasnya, apa juga makanan yang mereka ambil akan memberi kesan langsung kepada kesejahteraan tubuh serta kewujudan penyakit tertentu.

Kaedah pengawalan pengambilan makanan tertentu dapat pula meningkatkan kesejahteraan mereka, di samping mengurangkan risiko penyakit itu.

Tidak dinafikan bahawa berpuasa mampu mengurangkan paras gula dan kolesterol dalam darah serta kandungan lemak dalam badan. Hal ini secara tidak langsung berkesan dalam mengurangkan risiko kencing manis (khususnya Type II Diabetes), hipertensi dan angin ahmar.

Seseorang yang berpuasa akan mendapati pembakaran kandungan lemak dalam badan dapat dijalankan secara lebih sempurna lagi. Proses ini berlaku di mana lemak itu digunakan untuk menghasilkan tenaga mereka yang berpuasa. Lemak ini adalah satu-satunya sumber tenaga yang ada pada ketika itu dan pasti proses ini amat baik bagi mengurangkan kesan tidak elok akibat peningkatan kolesterol, berat badan berlebihan dan obesiti.

Dalam surah al-Ma’idah, ayat 88, Allah mengkehendaki setiap orang yang beriman itu hanya memakan makanan yang halal dan baik saja. Firman-Nya bermaksud : "…dan makanlah makanan yang halal lagi baik daripada apa yang Allah telah berikan kepada kamu dan bertakwalah kepada Allah, yang kamu beriman kepada-Nya."

Memakan makanan yang halal, lagi baik adalah satu keperluan bagi orang beriman. Makanan sebegitu akan meningkatkan kesejahteraan danmenghindarkan kemudaratan seperti penyakit dan keracunan.

Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita bukan saja memastikan makanan yang diambil itu halal dan baik serta segar atau bersih, malah mampu mengoptimumkan tahap kesihatan.

Hakikat yang berlaku di kalangan ummah kini, mereka yang berupaya mendapatkan makanan halal, sempurna, segar dan baik, tetapi masih ditimpa mudarat dan penyakit daripada makanan itu.

Perkara ini bermakna mereka perlu mengambil kira beberapa aspek lain berkaitan pemakanan seperti tidak makan secara berlebihan dan apabila perlu saja. Begitu juga hanya memilih sumber dan khasiat makanan yang sesuai dengan keperluan tubuh badan demi kesihatan dan kekuatan.

Semua aspek itu sebenarnya terkandung sebagai hikmah yang terselindung dalam ibadat puasa yang perlu dihayati secara mendalam oleh umat Islam.

Apa yang lebih penting mendapatkan kesan detoksifikasi daripada amalan berpuasa ini secara berterusan dan berpanjangan.

Begitu juga, kita perlu menyedari bahawa bahan toksik boleh berpunca bukan saja dalam bentuk makanan, malah apa juga yang boleh mencemari kesucian Ramadan seperti perkataan yang tidak baik yang menjadi punca kepada fitnah dan pendustaan serta penyelewengan.

Ramadhan Karim

October 1st, 2005 by fasz-asz

Kurma berkhasiat untuk berbuka

BERBUKA puasa dan bersahur dengan kurma adalah sebahagian sunnah Rasulullah SAW. Daripada Salman bin Amir Addabbi Assohaabi daripada Nabi bersabda bermaksud: “Jika seseorang kamu berbuka, hendaklah dia berbuka dengan kurma. Sekiranya kurma tiada, bolehlah ia berbuka dengan air kosong. Sesungguhnya air itu bersih lagi suci.” (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)
Rutob ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering. Ia lembut dan manis. Manakala tamar ialah kurma yang sudah kering.

Orang yang berpuasa disunatkan berbuka dengan rutob atau kurma atau meminum air biasa jika ketiadaan kurma. Inilah tertib yang dilakukan oleh Rasulullah.

Hikmah disunatkan berbuka dengan tamar kerana ia baik untuk kesihatan.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah memakan buah-buahan dengan kurma masak.”

Rasulullah menyebut khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud : "Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah bersabda : "Sesiapa yang memakan tujuh tamar Ajwah dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu."

Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang disebut dalam hadis di atas adalah kelebihan yang dikurniakan Allah sesuai dengan kemuliaannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Baginda.

Kajian saintifik membuktikan ia mengandungi glukosa yang mampu memberikan tenaga segera kepada badan. Ia juga kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A & C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potassium.

Kandungan protein dalam sebiji kurma adalah kira-kira 1.8 hingga 2 peratus, serat 2 hingga 4 peratus manakala kandungan gulanya adalah 50 hingga 57 peratus.

Selain itu, kurma diakui mengandungi kalori tinggi dan mudah dihadamkan ketika berbuka puasa. Satu lagi khasiatnya ialah mampu merendahkan risiko serangan angin ahmar.

Kandungan karbohidratnya yang tinggi membolehkannya memberi tenaga yang tinggi. Malah, kandungan tenaga yang dimiliki kurma menandingi antara keluarga besar buah-buahan.

Terkini

September 27th, 2005 by fasz-asz

Suara Mawaddah menarik minat pelancong asing

8 Julai 05 – Sempena dengan program Karnival Jualan EKS (Enterprise Kecil Sederhana) daerah Kuala Kangsar yang dianjurkan oleh FAMA, Mawaddah telah dijemput untuk sama-sama memeriahkan program tersebut. Program bermula dengan majlis pelancaran oleh YB Dato’ Hj. Ramli B. Zahari, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri dan Usahawan. Karnival yang berlangsung di Arena Square, Kuala Kangsar, Perak itu telah disertai lebih kurang 40 orang peniaga yang terdiri dari Syarikat Sdn. Bhd, IKS, EKS dan agensi dan jabatan di bawah MOA Incorporated. Mawaddah tampil pada sebelah malam untuk memeriahkan lagi acara karnival ditemani dengan seorang DJ dari Radio fm Perak. Sambutan dari orang ramai sangat menggalakkan ini termasuk salah seorang tourist dari Ireland yang kelihatan begitu asyik mendengar alunan lagu Mawaddah, walaupun beliau tidak memahami kesemua bait lagu-lagu Mawaddah tetapi beliau terpikat dengan seni muziknya. Sehabis Mawaddah membuat persembahan beliau terus mendapatkan koleksi album Mawaddah dari gerai Mawaddah yang terletak bersebelahan dengan pentas. Orang ramai juga tidak melepaskan peluang untuk sama-sama mendapatkan album Mawaddah yang pada mereka walkaupun segelintir dari mereka baru mengenali Mawaddah mereka amat tersentuh dengan konsep lagu yang di bawa oleh Mawaddah.   


MADAH : Berhibur dan menghibur itu tidak salah. Yang salah itu kalau kita tersalah dalam memilih hiburan dan tersilap dalam memberi hiburan.